Untuk Tempahan Sila hubungi: Mohammed Shah Abdul Manan 019-5587464 ANDA PASTI AKAN BERPUAS HATI DENGAN KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN

Pelawat Ke

Tempat-tempat Menarik

  1. Perusahaan Labu Sayong di Sayong.
  2. Jambatan Iskandar
Jambatan keretapi Victoria di Karai, Enggor  dan Kampung Jamuan

Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson. Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.


Jam besar Kuala Kangsar 
  1. ’Lembah’ di tebing Kuala Kangsar
Masjid Ubudiah yang terkenal tu di Chandan
Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda. Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu. Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan. Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00

Istana Kuning atau Istana Kenangan di Chandan

Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan nama Istana Lembah atau kadangkala disebut juga Istana Tepas. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah. Istana yang berdinding kelarai berbumbung perabut lima dan perabut pisang sesikat ini telah dirancang pembinaannya selepas banjir besar melanda Perak pada tahun 1926.Tukang yang membuat istana ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Istana ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1931. Sultan Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 (1918-1938) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana Istana Negera, iaitu istana rasmi Sultan Perak di Changkat Negara akan dirobohkan untuk dibina istana yang baru (Istana Iskandariah sekarang).Dalam tahun 1933, apabila Istana Iskandariah siap dibina,Sultan Iskandar Shah telah berpindah ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas diduduki pula oleh keluarga Diraja Perak. Nama Istana Kenangan hanya bermula pada tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia. Pada 16 November 1986, setelah dipelihara, Istana Kenangan dengan rasminya dijadikan Muzium Di Raja Perak hingga ke hari ini.




Muzium atau Galeri Sultan Azlan Shah 
Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak.
  1. Maktab Melayu Kuala Kangsar atau Malay College( MCKK )

Pokok Getah Tertua Di Malaysia

Terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan satu-satunya pokok getah pertama yang hidup daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam. H.N.Ridley adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama dan akhirnya menjadi sumber pendapatan penting Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Komen anda Sangat saya hargai